The Future Novelistar Official

Pertandingan My Talents - El
Friday 7 June 2013 | 06:16 | 0 comments
Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Ok, memandangkan hari ini El bertugas untuk menjaga blog bersama Najwa, jadi, El mahu tulis dua entri. Kemudian, kalau Najwa mahu menulis entri juga, kita bagi chance pada dia. Huhuhu. Semalam El dah memperkenalkan diri El. Hari ini, El mahu promote satu aktiviti yang sedang kami jalankan di group The Future Novelistar di Facebook. Mahu join? Kenalah join group kami dahulu. Boleh klik di ayat 'The Future Novelistar' tadi untuk ke group kami. ^___^  Ini informasi tentang aktiviti 'My Talents' yang sedang kami jalankan. Oh ya! Untuk pengetahuan kamu semua, aktiviti ini dianjurkan oleh Kak Lina. Pemilik group The Future Novelistar ini. Dia juga jurinya. El sudah sertai pertandingan ini. Sekarang, El tengah siapkan novel El untuk pertandingan 'My Talents' ini. Hihihi. Kamu semua pula bagaimana? Sudah siap?

Ini link untuk ke events kami di Facebook. :) https://www.facebook.com/events/170843096424747/

Syarat-syaratnya :-

- Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.

- Jawapan ditulis menggunakan Bahasa Melayu penuh.

-Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.

- Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.

- Mengisi borang penyertaan
Nama Penuh:
Nama Pena:
Umur:
Nama sekolah:
Tajuk Karya:

- Post karya anda di group The Future Novelistar atau emel kepada (nurshazaoffical@gmail.com)

Hadiah-hadiah menarik menanti anda :-

- Novel yang paling menarik akan diletakkan di dalam blog saya.

Sesiapa buat cerpen : akan dihantar di Penulisan2U

Sesiapa membuat novel : Akan dihantar di PTS atau Blink cuma PTS mahu sinopsis dahulu.

-Tarikh tutup penyertaan pada 31/11/2013 sebelum 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan The Future Novelistar.

Rangka cerita :-

- WAJIB ada sinopsis
- Menggunakan Bahasa Melayu yang betul
- Tema bebas
- Tidak lebih dari 400m/s

Berminat untuk sertai? Huhuhu. Ikut syarat-syarat yang tertulis di atas. Baiklah. InshaAllah sebentar lagi El post entri terbaru ya! Assalamualaikum!

Salam sayang,
Alia El.

Older Post | Newer Post

Disclaimer

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Blog ini dimiliki oleh group The Future Novelistar. Terima kasih kerana singgah sebentar di sini! Jangan lupa follow blog ini ya! =)


Live Chatting

-Letak URL blog dengan betul
-Meletakkan emel sama sekali tidak dibenarkan
-Dilarang mengomen dengan kata-kata kesat
-Boleh 'exchange' link dengan kami