The Future Novelistar Official

Cerpenku.. - Najwa
Friday 7 June 2013 | 07:15 | 0 comments
Assalammulaikum semua sihat? Saya mahu tunjukkan sedikit cerpen yang saya tulis. Cerpen ini bertajukkan 'Aku seorang superhero...'. Dipersilakan baca.

  Nama aku Nur  Fatihah Binti  Muhammad Zulkifli.Berusia 11 tahun  dan bakal
menduduki UPSR  pada tahun hadapan.Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman
Ceria.Ayah dan ibuku seorang saintis yang berjaya.Mereka selalu  mereka cipta
sesuatu.Ibuku dan ayahku menyayangiku.

  Sejak dari kecil aku diajar oleh ayah dan ibuku  tentang alat-alat yang mereka ciptakan
untuk aku.Aku sering menolong orang dalam kesusahan.Aku boleh  mengangkat
benda yang berat dan berlari laju macam Gadis Bintang dan Super 3G.Aku
menggabungkan kusa itu menjadi lebih hebat.Ayah dan ibuku juga menciptakan sarung
tangan berkuasa untukku.sekiranya aku memakai sarung tangan tersebut aku akan
menjadi hebat dan sangat kuat!

  Aku gemar senyum.Ayahku selalu memanggil aku dengan panggilan  “Gadis Ceria”.
Aku Selalu menonton cerita bertemakan superhero seperti “Detective Conan” dari
Situlah aku  bercita-cita menjadi superheroin! Dengan kuasa yang ada,aku akan
membantu manusia dalam kesusahan!

  Suatu hari dalam perjalanan pulang dari sekolah,aku berjalan menuju ke kedai Pak
Mail untuk membeli makanan. Aku ternampak seorang pelajar membuli pelajar lain
dibelakang  kedai runcit Pak Mail.Aku mendekati tempat itu dengan berjalan pelahan-
lahan .Aku ingin menolongnya ,lalu aku mengambil sarung tanganku yang ada di dalam
poket bajuku.Aku memakainya dengan hati yang berdebar. Aku berasa sangat takut
dan cemas sekali. Aku memberanikan diriku untuk pergi ke sana.Aku mendekati tiga
pelajar tersebut itu lalu,aku berkata padanya “Hei,apa kamu buat pada pelajar itu?” Aku
menegur pelajar itu dengan marah sekali.Pelajar tersebut terkejut dan memarahi aku.
“Ah,jangan mencampuri urusan aku! Kau itu budak mentah janganlah nak tunjuk hero!”
Pelajar itu mengambil segenggam tanah dan melemparkannya kepada aku.Dengan
sepantas kilat,aku mengaktifkan sarung tangan berkuasa itu lalu,aku berlari laju dan
terus memukul budak itu dengan sebatang kayu.Pelajar itu tersembam di atas tanah
dan melarikan diri.

  Aku  melihat pelajar yag dibuli itu tercedera.Tanpa berlengahkan masa,aku membawa
pelajar itu pulang ke rumahnya dengan kuasa aku.Pelajar itu sangat terkejut dengan
kuasa yang aku ada dan berterima kasih kepada aku.Sejak pada hari itu,kami berkawan
rapat.Nama pelajar itu ialah Nur Qistina Sofia,aku memanggilnya dengan panggilan
Qis.Sejak hari itu juga,Qis akan membantu aku menjalankan misi aku.

  Suatu malam,aku keluar tanpa pengetahuan ibu dan ayah.ketika itu,Qis sedang
menungguku di luar rumah aku.Aku dan Qis menjalankan misi yang sangat penting.
Semasa kami berjalan,kami ternampak sebuah van pergi ke rumah Encik Karim.
Kami mengesyaki sesuatu lalu,kami pergi ke sana.Kami ternampak Encik Karim
dan keluarganya diikat.Tanpa membuang masa,aku mengeluarkan sarung tangan
itu.Aku menyuruh Qis menangkap video untuk dijadikan bahan saksi.

  Aku cuba mendengar perbualan mereka.tiba-tiba aku terasa seperti kena pegang.
Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka  yang berbadan besar ternampak aku.
“Bos,ada budak ini terdengar perbualan kita”Penjahat tersebut menolak aku lalu,aku
mengaktifkan sarung tangan tesebut.Aku berlari dengan laju sekali.Aku  menolak
penjahat  yang berbadan besar itu keluar rumah Encik Karim.
“Bos budak ni bukan calang-calang orang,dia boleh tolak Mat yang berbadan besar
Itu keluar dari rumah”kata salah seorang daripada penjahat itu.Lalu,aku berlari dan
mengambil tali yang ada di atas meja.Aku mengikat mereka dengan kelajuan aku.

  Beberapa minit kemudian,polis  dan menangkap semua penjahat itu.Aku dan Qis
meletakkan video rakaman di hadapan Encik Karim.Selepas itu,kami menghilangkan
diri mengikut pintu belakang.Kami pulang ke rumah masing-masing.Aku ialah “Gadis
Ceria”! Dengan kuasa yang aku ada,aku dapat menumpaskan semua penjahat!
                                                                                                                             -najwa shuhada-

Older Post | Newer Post

Disclaimer

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Blog ini dimiliki oleh group The Future Novelistar. Terima kasih kerana singgah sebentar di sini! Jangan lupa follow blog ini ya! =)


Live Chatting

-Letak URL blog dengan betul
-Meletakkan emel sama sekali tidak dibenarkan
-Dilarang mengomen dengan kata-kata kesat
-Boleh 'exchange' link dengan kami