The Future Novelistar Official

Pengenalan Diri Iqmar - Prince Harry
Saturday 8 June 2013 | 04:30 | 0 comments
Assalamualikum,Salam Sejahtera,Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia.

Minta maaf banyak-banyak kerana lambat post sesuatu di blog ini.Hari ini tibalah waktu untuk saya bertugas.Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Lina,kerana melantik saya sebagai penolong ketua blog.Juga ribuan terima kasih kepada El yang telah berjaya menyiapkan blog TFN yang ‘awesome’ ini.Seterusnya saya akan memberi sedikit pengenalan tentang diri saya.Pengenalan diri ini taklah special sangat,cuma biasa-biasa saja.Semoga dengan pengenalan ini anda semua dapat lebih mengenali saya..Selamat Membaca.

BIODATA
Nama saya ialah Iqmar,nama penuh tak payahlah ya,cuma perlu tahu nama pun sudah memadai.Nama pena,saya lebih suka dipanggil sebagai Price Harry..Heheheh…  saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.Asal kelahiran saya ialah di Sabah.Tawau,sabah.Saya berhijrah ke Kota Tinggi 4 tahun lepas hingga kini kerana mengikut ayah yang merupakan anak jati Johor.Saya lahir pada 11/8/1999.Sudah pasti yang umur saya kini 14 tahun.Makanan kegemaran saya ialah apa-apa sahaja yang saya boleh makan.Makanan yang paling saya benci ialah kue tiau.Kali pertama dan terakhir saya makan makanan ini ialah ketika awal tahun 2008.Sejak hari itu hinggalah sekarang lidah saya tak pernah lagi menyentuh kue tiau.(Ada Sejarahnya).Selain kue tiau saya juga tidak suka makan peria,jering,petai,laksa dan banyak lagi.Tapi saya taklah cerewet sangat bab-bab makanan ni.Untuk pengetahuan anda saya ni seorang yang kuat berangan,kuat berimaginasi.Dalam bidang penulisan saya amat gemar mambaca novel Ain Maisarah,Ahadiat Akhasah.J.K Rowling,Athur Conan Doyle.Semua sedia maklum,saya ni amat meminati cerita 'epic'iaitu cerita ahli sihir atau pun majik seperti HARRY POTTER,PERCY JACKSON DLL.Saya paling obses pada HARRY POTTER,maklumlah dari tadika saya sudah terbiasa menonton siri harry potter ini.Jika anda buka dan lihat blog,facebook dan twitter saya semua bertemakan harry potter..hahahahah!!
FACEBOOK

BLOG

TWITTER
*harap follow dan add.

PENDIDIKAN
Saya dimasukkan ke tadika iaitu Tadika Perpaduan pada usia 6 tahun.Ketika darjah 1 hingga darjah 3 saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Titingan ,Tawau,Sabah.Saya melanjutkan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Laksamana,Kota Tinggi,Johor,dari darjah 4 hingga darjah 6.Saya mengambil UPSR di sekolah tersebut.Dengan keputusan 4A 1B.Yang B semestinya mata pelajaran yang paling saya lemah iaitu B.I.Pengalaman pahit dan manis di sekolah rendah ini pasti tidak mungkin saya lupakan.Sama separti anda.Di tingkatan 1 dan 2 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar.Pada tingkatan 1 kelas saya ialah 1 KRK 1,manakala di tingkatan 2 kelas saya 2 KRK 1.Mata pelajaran yang saya sangat minati ialah SAINS.Antara keputusan yang amat saya bangga ialah pada peperiksaan pertengahan tahun 2012.Hanya saya yang mendapat keputusan A dalam sains daripada satu aliran tingktan 1 yang seramai 200++ orang.Saya amat tidak menyangka,apa tidaknya soalan pada peperiksaan ketika itu sangatlah susah dan sukar,sedangkan murid sekelas saya juga tidak ada seorang pun yang mendapat keputusan A dalam sains selain saya.Perkembangan terkini,saya dan dua orang lagi murid sekelas saya telah mendapat anugerah Pelajar Terbaik 2012,saya amat bersyukur dengan rezeki yang telah saya terima.Saya juga memasuki pertandingan MENCIPTA PROJEK REE sempena karnival sains dan matematik peringkat daerah.Harap semua mendoakan kejayaan saya dalam pertandingan ini.
Ermmm...agaknya dah panjang lebar saya berceloteh tentang diri saya..kalau nak cerita lagi,rasanya tak cukup setengah abat nak habiskan..Hahahaha..(ketawa sendiri).Jika ada salah dan silap,harap maaf..
Patik hendak mengundur diri dulu..Assalamualaikum

Nasihat saya jika ingin berjaya.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian

                                                                                                                                ~Prince Harry~

Older Post | Newer Post

Disclaimer

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Blog ini dimiliki oleh group The Future Novelistar. Terima kasih kerana singgah sebentar di sini! Jangan lupa follow blog ini ya! =)


Live Chatting

-Letak URL blog dengan betul
-Meletakkan emel sama sekali tidak dibenarkan
-Dilarang mengomen dengan kata-kata kesat
-Boleh 'exchange' link dengan kami