The Future Novelistar Official

Perkenalan diri - El
Thursday 6 June 2013 | 05:29 | 0 comments
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua pembaca blog TFN!

Fiuw, penatnya El siapkan editan blog The Future Novelistar ini. Mahu kelihatan fabulous punya fasal. Hahaha. Inilah jadinya. Cantik tak? Kalau tidak cantik, tidak apalah. Janji usaha. Itu yang penting. Huhuhu. Oh ya, mahu kenal El? Hehehe. Jom! El bagi profil penuh punya! Tidaklah penuh sangat. ^_^ Tak pernah tengok gambar El? Tengoklah puas-puas dekat bawah ini ya. Jangan sampai 'melting' pula. Hahaha. *gedikmuch*.

El memanglah tak secomel korangkan.. :') 


Biodata: Alia El merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur yang berdarah Melayu tetapi agak sedikit western. Hihihi. Lahir pada bulan Mac tanggal 4 pada tahun 2002 di Hospital Kampung Baru. El juga mempunyai seorang kakak iaitu Shahidah (Sha/Shida). El memang terlebih suka makan western food macam Fish 'n' Chips, Chicken Chop, Macaroni dan lain-lain lagi. El paling suka mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana El memang sudah fasih bahasa Inggeris sejak berumur 3 tahun. Seorang pengawas sekolah yang kadang-kadang tidak bertanggungjawab. =3 *eh, mengaku pula. biasa tidak mengaku. haha*. Bercita-cita menjadi novelis yang berjaya seperti AinMaisarah. El memang minat pada novel-novel AinMaisarah, Sophie Kinsella dan lain-lainnya.

Pendidikan: El mula dihantar ke tadika pada umur 5 tahun. Budak popular di kelas kerana El selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan dan apa-apa aktiviti, tambahan El juga anak cikgu. *gedik sekejap*. Hahaha. El kemudiannya menyambung pelajarannya ke  Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1) dan pada umur 8 tahun, El dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri. Sejak tahun 1 sehinggalah tahun 3, El berjaya mengekalkan kedudukan ditempat pertama dalam peperiksaan. *selepas tahun itu, hingga sekarang, El tidak boleh kalahkan kembar El, Sherina. :'(

Hubungan: Hubungan? Hei! El masih bersekolah. Belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa. Heheh. ^__^

Idola: Idola yang akan sentiasa ada dalam hati El adalah Demi Lovato. Kenapa? Kenapa El jadikan dia idola El? El jadikan dia idola El sebab, El memang tabik springg dekat dia. Dia sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ada dalam hidup dia. Waktu dia kecil, dia pernah dibuli. Pada umurnya 11 tahun, dia sudah mula 'cutting' di tangan sendiri. Auchh! Mestilah sakit! Disebabkan dia seorang artis popular, pastulah kontroversi itu menjadi satu isu. Jadi, dia di hantar ke Rehab untuk sementara waktu. Lepas itu, bila dia keluar Rehab, dia buka cerita pada dunia yang dia pernah dibuli semasa dia kecil. Pastilah El tabik gila-gila pada dia kerana dia berani membuka cerita yang begitu 'rare' kepada dunia. Huhuhu. #StayStrong @ddlovato :)

Mahu berkomunikasi dengan El?:

Facebook: https://www.facebook.com/JUSTIN.LEA2
Twitter: https://twitter.com/LeaNinaa
Blogger: http://lunawonderstruck.blogspot.com/ (My personal blogshop) dan http://elofficialnovelblog.blogspot.com/ (My Novel Blog)
Instagram: http://instagram.com/lunatisya
MyHeppi: http://www.myheppi.com/Aliaaa

Itulah kisah hidup El. Hehehe. Sampai situ sahajalah dahulu pengenalan diri El. Sebentar lagi, El beri satu tutorial ya! ;) Assalamualaikum! Bye!

Salam perkenalan,
Alia El.

| Newer Post

Disclaimer

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Blog ini dimiliki oleh group The Future Novelistar. Terima kasih kerana singgah sebentar di sini! Jangan lupa follow blog ini ya! =)


Live Chatting

-Letak URL blog dengan betul
-Meletakkan emel sama sekali tidak dibenarkan
-Dilarang mengomen dengan kata-kata kesat
-Boleh 'exchange' link dengan kami